Wednesday, September 26, 2012

semester 3 ku.

Salam dan selamat sejahtera...
Sudah lama aku tidak menaip di ruangan blogku ini kalau blog ni bleh duduk kat rumah kompem berhabuk jadinya. Maaflah bukan tidak ingin menaip cuma agak sibuk banyak sedikit.hihi. Sekarang aku sudah berada di semester 3, lama juga aku sudah di sini setia menuntut ilmu yang dicurahkan oleh cikgu lecture ku. Sebenarnya semester aku baru bermula jadi tak banyak yang aku boleh cerita. Cuma aku agak terkejut sikit apabila ramai juga ex-students IIC mohon UPSI. Bagus kawan-kawan!, nampaknya cita-cita menjadi guru itu sangat ramai, semoga kita mampu menjadi pendidik yang mampu memberi ilmu kepada kanak-kanak dengan ikhlas. Course aku sebenarnya adalah pendidikan awal kanak-kanak tetapi disebabkan oleh pendidikan awal kanak-kanak di UPSI adalah open market jadi aku bertukar bidang. Sekarang aku mengambil ijazah pendidikan khas dan kawan-kawan aku daripada diploma still mengambil course yang sama iaitu ijazah pendidikan awal kanak-kanak.Walaupun kami mengajar kanak-kanak tetapi sebenarnya sumbangan terhadap masyarat sangat besar. Sebab dari kecillah kita harus mendidik mereka.. Ops!! panjang nya aku membebel..

****************

Jadi disini aku ingin kongsikan sedikit tips menjadi seorang guru kepada kanak-kanak kecil dan comel sekarang ::

:: Harus menanam cita-cita sebagai seorang guru yang ikhlas dalam menjalankan tugas dan amanah

:: SABAR >> Ujian terbesar seorang guru adalah sabar yang mana jika tidak ada sabar dalam hati mungkin tiada ke ikhlasan dalam hati maka kepuasan menjadi seorang guru tidak akan anda kecapi.

:: Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak didik kita

:: Sentiasa tidak putus asa dalam mendidik anak-anak kecil ini.


Sedikit coretan pendek dari pengalaman aku menjadi seorang guru. Sememangnya aku bukan seorang insan yang penyabar tetapi selagi aku mampu menahan kemarahanku akan aku tahan. Dijadikan cerita la,  aku nak sangat menjadi seperti guru-guru lain, sebab seronok je diaorang mengajar dan aku nak sangat merasa puas menjadi seorang guru tapi sampai aku berhenti aku tak dapat rasa lagi kepuasan mengajar.huh! Mungkin banyak kesilapan yang aku tidak sedar, sekarang aku harus muhasabah diri supaya aku dapat mencapai kepuasan tu.hihi!semangat btl. Takpe semua tu akan aku jadikan pengalaman untuk masa hadapan aku insya Allah.. 

*****************
cukuplah sedikit luahan rasa cik pupah 
banyak betul bebelnya.haha.

ini lah bidang aku sekarang..