Thursday, November 19, 2015

Assalammualaikum.
Bismillahirahmanirahim.. di dalam kesibukkan menyiapkan segala asignment bagai, perlu berhenti sebentar mengucapkan syukur kerana diberi nikmat untuk bernafas dan merasa kesibukkan untuk mencapai kejayaan. Syukur.

Okey, dalam ujung-ujung sem ini rase bagai jeles sikit sebab apa tau, member-member batch semua upload gambor road to konvo.. best kan!. Tetapi aku masih lagi menaip isi tesis yang masih tak siap-siap. eh! jgn salah anggap, bukan tangguh sebab kawin or bersalin. Actually aku tangguh sem sebab aku nak jadi  superb senior [perasaan]. hihi.  Nanti aku cerita, 

Point utama aku nak tulis pagi ini adalah untuk menyatakan kerisauan seorang pelajar yang bergelar ibu iaitu AKU. Actually, Aisyah demam + batuk + sesema [selesema] sejak balik dari cuti sem minggu lepas dengan aku sekali dedor [rase2 nak demam]. ditambah lagi Aisyah seorang alergi ubat paracetamol, makan je tumbah bintik-bintik merah dan menjadi dugaan untuk aku pikir cara terbaik untuk memastikan panas badan aisyah turun kembali normal. Jadinya aku tepon puan mak pagi tadi untuk dapatkan resepi demam,antara cadangan yang boleh digunakan adalah :

Pertama, baca ayat surah Al-Anbiya ayat enam puluh sembilan, yang bermaksud " Kami [Allah] berfirman."Wahai api! jadikanlah kami dingin dan penyelamat bagi Ibrahim.


Kebetulan time aku mengaji kena dengan ayat tersebut, aku pun ulang kali baca dan ditiup kat aisyah, Alhamdulillah malam ni dah tak panas. Ditambah ikhtiar ubat kelinik antibiotik sakit tekak dan ubat sembur hidung.  Mungkin demam sebab rindu ayah dia kot.! kesian anak ibu. 

#Hakikatnya apa-apa pun back to basic iaitu minta dengan Allah untuk segala kesembuhan penyakit sebab Allah itu ya rahman ya rahim. penyayang dan mengasihani.

Kedua, Puan mak bagitau tuam atau lapkan badan aisyah dengan air asam jawa. okey, Aku dah beli asam jawa sebagai standby sebarang kemungkinan. sekarang aisyah da sihat boleh asam jawa dijadikan bahan masak asam pedas. haha

Ketiga, Ini pulak cadangan pengasuh dan pengalaman member aku, iaitu daun bunga raya. caranya adalah basuh daun bunga raya sehinga bersih dan ramas-ramas daun tersebut dengan air agak-agak la boleh dapat buat lap seluruh badan. kalau nak tuam dengan lap pon boleh. asalkan dilap seluruh badan dan jangan diminum. 



La ni, baru aku tau salah satu kelebihan  kenapa Malaysia memilih bunga raya sebagai bunga kebangsaan. kerana ia salah satu pokok herba. 

Inilah ikhtiar aku sebagai ibu untuk memastikan anaknya sihat sentiasa di samping keadaan aku yang selalu kelam kabut menyiapkan bahan asignment yang banyak di akhir sem sembilan ini..

Okey aku pon nak road juga... Road to setle tesis before final exam! chayuk.