Wednesday, September 26, 2012

semester 3 ku.

Salam dan selamat sejahtera...
Sudah lama aku tidak menaip di ruangan blogku ini kalau blog ni bleh duduk kat rumah kompem berhabuk jadinya. Maaflah bukan tidak ingin menaip cuma agak sibuk banyak sedikit.hihi. Sekarang aku sudah berada di semester 3, lama juga aku sudah di sini setia menuntut ilmu yang dicurahkan oleh cikgu lecture ku. Sebenarnya semester aku baru bermula jadi tak banyak yang aku boleh cerita. Cuma aku agak terkejut sikit apabila ramai juga ex-students IIC mohon UPSI. Bagus kawan-kawan!, nampaknya cita-cita menjadi guru itu sangat ramai, semoga kita mampu menjadi pendidik yang mampu memberi ilmu kepada kanak-kanak dengan ikhlas. Course aku sebenarnya adalah pendidikan awal kanak-kanak tetapi disebabkan oleh pendidikan awal kanak-kanak di UPSI adalah open market jadi aku bertukar bidang. Sekarang aku mengambil ijazah pendidikan khas dan kawan-kawan aku daripada diploma still mengambil course yang sama iaitu ijazah pendidikan awal kanak-kanak.Walaupun kami mengajar kanak-kanak tetapi sebenarnya sumbangan terhadap masyarat sangat besar. Sebab dari kecillah kita harus mendidik mereka.. Ops!! panjang nya aku membebel..

****************

Jadi disini aku ingin kongsikan sedikit tips menjadi seorang guru kepada kanak-kanak kecil dan comel sekarang ::

:: Harus menanam cita-cita sebagai seorang guru yang ikhlas dalam menjalankan tugas dan amanah

:: SABAR >> Ujian terbesar seorang guru adalah sabar yang mana jika tidak ada sabar dalam hati mungkin tiada ke ikhlasan dalam hati maka kepuasan menjadi seorang guru tidak akan anda kecapi.

:: Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak didik kita

:: Sentiasa tidak putus asa dalam mendidik anak-anak kecil ini.


Sedikit coretan pendek dari pengalaman aku menjadi seorang guru. Sememangnya aku bukan seorang insan yang penyabar tetapi selagi aku mampu menahan kemarahanku akan aku tahan. Dijadikan cerita la,  aku nak sangat menjadi seperti guru-guru lain, sebab seronok je diaorang mengajar dan aku nak sangat merasa puas menjadi seorang guru tapi sampai aku berhenti aku tak dapat rasa lagi kepuasan mengajar.huh! Mungkin banyak kesilapan yang aku tidak sedar, sekarang aku harus muhasabah diri supaya aku dapat mencapai kepuasan tu.hihi!semangat btl. Takpe semua tu akan aku jadikan pengalaman untuk masa hadapan aku insya Allah.. 

*****************
cukuplah sedikit luahan rasa cik pupah 
banyak betul bebelnya.haha.

ini lah bidang aku sekarang..

Sunday, March 4, 2012

MSK Pendidikan Khas

Assalammualaikum....

Tajuk hari ini adalah MSK Pendidikan Khas semester 1/2 2011/2012
Nampaknya aku agak keletihan nak menaip dan otak aku agak pening-pening sebab memikirkan assignment yang tak siap lagi sebelum aku start cuti.huh!! tapi aku try story jgak apa yang berlaku ok.
untuk kali keberapa ntah ak tawaf UPSI letih sangat tak bolehkah mereka buat aktiviti luar kampus best sikit. Bertukar juga udara aku ni. bukan aku tak suka tapi kalau andai boleh buatlah diluar kampus baru best dan adventure sikit.ok itu saja komen dari saya.terima kasih.

sedikit paparan warna untuk anda dan ingatan bersama.



..group scorpion..

saudari : ida, sakirah, zie

Ini group aku yang penuh semangat dan berdidikasi. Tak tau tang mana yang berdidikasi... walaupun tak dapat habiskan game tapi tetap enjoy + penat yang teramat. Thanks geng!!.

Sunday, January 15, 2012

salam.....

Rasanya masih tidak terlewat untuk aku ucapkan "SELAMAT TAHUN BARU 2012" walaupun sudah hampir setengah bulan. Welcome to 2012 and Good Bye 2011 sekali lagi..hihi saja nak ingatkan dekat diri yang usia tu sudah tambah 1 tahun... matang sikit la cik pupah oi!. dah besaq ang tu. ok..~

--------------------------------------- ^^

Sekarang aku ada kehidupan baru dimana,kenapa dan perlu ke dikongsi?? jawapannya perlu sebab aku agak ketandusan idea sekarang ni.matang x?

Kehidupan baru aku bermula pada tahun lepas iaitu 7 september 2011 untuk pertama kali  aku menjejakan kaki ke Universiti Pendidikan Sultan Idris sebagai MAHASISWI. Aku sebenarnya tak expect pun boleh masuk UPSI sebab keputusan aku biasa je. tetapi semua itu rezki tak siapa boleh mendugakan kalau esok aku dapat 1 juta pon tak mustahil.hahah (berangan saje). yang penting dalam hidup ini adalah DUIT. hah! DUIT????? yea memang DUIT..  D = doa, U = usaha, I = istiqomah, T = tawakal. setuju tak??...percayakan..haha



kami semester 2011/2012


So, life aku kat sini macam biasa tak pernah berubah pon. cuma berubah, aku dah semakin konfiden bila aku presentation sebab bahasa pengantaraan adalah fully Bahasa Melayu. sangat la suka..yeay! (boleh goreng sesuka hati). dulu masa diploma aku guna fully BI jenuh nak pikiaq nak cakap macam mana tapi hasil usaha aku bersungguh sungguh akhirnya abis jugak study.. alhamdulillah. tak sia2 mak abah hantar aku study.hihi..^^

life in love??

okey lah.. macam biasa jugak cuma kami dah mula pasang planning dan strategik terbaik pada masa akan datang. harap-harap mendapat keredhaan Ilahi.. Amin Ya Rabb.. dekat cni jugak aku nak ucapkan thank bebanyak kat cik wan sebab hampir 5 tahun dia bersabar dengan karenah nakal aku... sayang kamo banyak-banyak lah...




Pesanan ringkas tak berbayar :: 


DUIT itu penting dalam kehidupan. Tapi jangan sampai jadi hamba duit..