Thursday, November 19, 2015

Assalammualaikum.
Bismillahirahmanirahim.. di dalam kesibukkan menyiapkan segala asignment bagai, perlu berhenti sebentar mengucapkan syukur kerana diberi nikmat untuk bernafas dan merasa kesibukkan untuk mencapai kejayaan. Syukur.

Okey, dalam ujung-ujung sem ini rase bagai jeles sikit sebab apa tau, member-member batch semua upload gambor road to konvo.. best kan!. Tetapi aku masih lagi menaip isi tesis yang masih tak siap-siap. eh! jgn salah anggap, bukan tangguh sebab kawin or bersalin. Actually aku tangguh sem sebab aku nak jadi  superb senior [perasaan]. hihi.  Nanti aku cerita, 

Point utama aku nak tulis pagi ini adalah untuk menyatakan kerisauan seorang pelajar yang bergelar ibu iaitu AKU. Actually, Aisyah demam + batuk + sesema [selesema] sejak balik dari cuti sem minggu lepas dengan aku sekali dedor [rase2 nak demam]. ditambah lagi Aisyah seorang alergi ubat paracetamol, makan je tumbah bintik-bintik merah dan menjadi dugaan untuk aku pikir cara terbaik untuk memastikan panas badan aisyah turun kembali normal. Jadinya aku tepon puan mak pagi tadi untuk dapatkan resepi demam,antara cadangan yang boleh digunakan adalah :

Pertama, baca ayat surah Al-Anbiya ayat enam puluh sembilan, yang bermaksud " Kami [Allah] berfirman."Wahai api! jadikanlah kami dingin dan penyelamat bagi Ibrahim.


Kebetulan time aku mengaji kena dengan ayat tersebut, aku pun ulang kali baca dan ditiup kat aisyah, Alhamdulillah malam ni dah tak panas. Ditambah ikhtiar ubat kelinik antibiotik sakit tekak dan ubat sembur hidung.  Mungkin demam sebab rindu ayah dia kot.! kesian anak ibu. 

#Hakikatnya apa-apa pun back to basic iaitu minta dengan Allah untuk segala kesembuhan penyakit sebab Allah itu ya rahman ya rahim. penyayang dan mengasihani.

Kedua, Puan mak bagitau tuam atau lapkan badan aisyah dengan air asam jawa. okey, Aku dah beli asam jawa sebagai standby sebarang kemungkinan. sekarang aisyah da sihat boleh asam jawa dijadikan bahan masak asam pedas. haha

Ketiga, Ini pulak cadangan pengasuh dan pengalaman member aku, iaitu daun bunga raya. caranya adalah basuh daun bunga raya sehinga bersih dan ramas-ramas daun tersebut dengan air agak-agak la boleh dapat buat lap seluruh badan. kalau nak tuam dengan lap pon boleh. asalkan dilap seluruh badan dan jangan diminum. 



La ni, baru aku tau salah satu kelebihan  kenapa Malaysia memilih bunga raya sebagai bunga kebangsaan. kerana ia salah satu pokok herba. 

Inilah ikhtiar aku sebagai ibu untuk memastikan anaknya sihat sentiasa di samping keadaan aku yang selalu kelam kabut menyiapkan bahan asignment yang banyak di akhir sem sembilan ini..

Okey aku pon nak road juga... Road to setle tesis before final exam! chayuk.

Friday, October 30, 2015

Bismillahirahmanirahim.

fuh....fuh....fuh... haaacum.... tu dia berhabuk...
tahap lama betul ditinggalkan..

okey banyak yang nak di trobek..bek.bek.. nampak tak disitu banyaknya nak diceritakan. tapi nak cite pendek je la. nanti boring plak nak ngabiskannya. okey ia bermula disini lahirnya sebuah cinta.... okey, ini betul2 punya. setahun yang lalu saat ini aku sedang berperang di atas katil kerusi hospital Slim River perak. dengan tak boleh makan dan ulang alik ketandas huh! satu pengalaman yang tidak mungkin aku lupakan. tengok wanita kuat di sekeliling aku, aku pon turut sama-sama termotivasi untuk kuat. dibibir tidak lekang dengan zikir dan istiqfar.Allahurabbi. ini la pengorbanan  seorang bakal ibu. ops da kwen! hihi.

sekaramg status aku adalah wife, ibu dan students, tu dia banyak keje. okey fokus semula. so, aritu hari khamis, pagi tu aku pergi chekup dengan doktor sebab da dekat dengan due date 3/11/2014. walaupun pagi tu aku da nampak darah keluar tapi was-was. dalam hati bermonolog sendiri " aku nak bersalin ke? okey kalau ada darah lagi aku g sepital" okey, dok tunggu-tunggu  tak ada tanda, okey relex je la. kat kelinik da start sakit 15 minit sekali tapi relex jumpa doktor chek macam biasa. balik uma pon still okey wat assignment sekali 2. tu dia. jari menari diatas papan keyboard bukan main laju..haha.[macam terer sangat je]. so, petang tu aku da mula sakit semakin kerap. okey nak bersalin ni [dalam hati]. inform dekat member minta hantar lepas mahgrib. member aku dengan berdesup masuk bilik tanya " akak da nak bersalin ke?". da agak da mesti kelam kabut dyeorang ini.hahaha. " belum saje nak g cek sbb da rasa sakit-sakit". okey lepas mahgrib berdesup g sepital dalam kereta mula lah sesi soal jawab ibarat ditahap pak polisi.. "akak rase macam mana kak?" akak kalo.. akak... akak sakit.. . terima kasih pada dayang-dayangku yang tolong hantar.

sampai sepital masuk labor room sebab nak chek jalan je okey baru bukak 1 cm. hati berdebar giler-giler rase tak jadi la nak bersalin sebab kat situ mmg tempat orang bersalin OMG.. doktor nasihat suruh admin dulu sebab 1st baby kan tak boleh nak jangka deliver bila. so, malam tu la mula konstrak yang kuat.. disitulah mulanya cerita pengorbanan seorang ibu.. Allahuakbar. sehingga keesokan hari iaitu jumaat..

jumaat yang berkat 31 oktober 2014 pukul 12.00 t/hari aku mula masuk ke labor room.okey, ready nak bersalin. haha. time tu aku tak mengharap sapa-sapa datang untuk teman aku tapi mengharap my hubby je. alhamdulillah .2.46 petang. dengan semangat yang kuat dan ditemani myhubby deliver aku mudah, dapat nurse yang baik  dan semua berjalan lancar. syukur. Allahuakbar. lahir la seorang baby comey. gadis cilik penawar duka ibu dan ayah. 1st expersi aku ialah. eh anak aku ke. mata sepet n pipi memang tembam.hahaa [penangan suka makan roti]. 



tag pink tuk si gadis cilik


1st day cah cilik in this world.


penangan roti dalam pipi tembam


Aisyah Madina 

 ini lah penyeri rumahtangga kami. alhamdulillah sihat dan semakin membesar anak ibu. 

jika setahun dulu aku merasa sakit seolah-olah mahu mati. 
difikiran, ini lah cara aku menhapus dosa.
sangat itu seolah-olah mati sedang memanggil-manggil hanya zikir, doa dan berserah diri.
kerana aku sudah hampir dengan mati. 
sekarang, aku merasa bahagia dan segala kesakitan itu hilang tetapi mengingat mati tidak pernah dilupakan.
kerana syarat untuk mati hanya hidup!. remember that. 
syukur!
sehingga hari ini aku mampu untuk bersujud memohon ampun saat jasad belum dijemput Ilahi.

Allahuakbar.

Selamat hari lahir yang 1st sayang ku Aisyah Madina semoga dipanjangkan umur, diberi kekuatan iman, kesihatan dan dilimpahkan rezeki. ibu dan ayah akan selalu ada untuk aisyah.. we love u sayang. semoga menjadi anak solehah dunia n akhirat.



special thank dayang-dayangku : hani, ina, yana and biah. semoga sentiasa dirahmati ALLAH.amin,